Thursday, July 1, 2010

Bisnes internet :- Apa yang mereka lakukan?

Salam hormat pembaca blog saifamin,
Kebanyakan usahawan internet memulakan bisnes internet mereka dengan TIDAK menjual
barang sendiri.

Kenapa?

Kerana mereka tidak mempunyai produk sendiri.

Bayangkan jika anda seorang pelajar atau sudah bekerja di sektor kerajaan yang tidak
pernah didedahkan dengan cara-cara mencari produk (atau mencipta produk) untuk dijual
semula kepada pelanggan. Anda pasti rasa terpinga-pinga sekiranya anda ingin menceburi bidang niaga ini - kerana anda tahu bahawa anda perlu dagangkan sesuatu untuk menghasilkan pendapatan, dan "sesuatu" tersebut pastinya
sebuah produk atau perkhidmatan. Jadi, jika anda tiada kedua-duanya ini, bagaimana anda boleh bermula?

Itulah juga soalan yang bermain di fikiran saya semasa saya mula berkecimpung di dalam bisnes internet ini.

Saya tak tahu apa yang nak dijual.

Saya tidak ada produk sendiri dan tidak pula tahu untuk mencipta sebuah produk yang mampu dijual.

Nasib baiklah saya dipertemukan dengan seorang usahawan internet (yang juga
merupakan seorang jutawan pada masa tersebut) dan beliau menunjukkan kepada saya bagaimana menjana pendapatan daripada internet tanpa produk sendiri.

Memang pada mulanya rasa ragu-ragu. Takut juga tak menjadi.

Pada masa yang sama, saya juga terkejut. Ramai usahawan internet sebenarnya menjana pendapatan tanpa produk sendiri.

Akhirnya, saya tabahkan hati dan lakukannya.

Ternyata, memang saya boleh hasilkan pendapatan di internet tanpa produk saya sendiri.

Kalau anda nak tahu... inilah yang dinamakan
pemasaran affiliate, di mana anda jual produk orang lain dan kaut komisyen daripada hasil jualan.

Lebih banyak anda jual, lebih banyak anda dapat.

Bayangkan, jika anda jual produk yang berharga $97 dan komisyennya ialah 50% daripada harga jualan, anda sudahpun perolehi $48.50 - tanpa
produk sendiri.

Itu baru satu jualan. Bagaimana jika 10 jualan
x $48.50? Lumayan, bukan?

Jadi, tak hairanlah ramai usahawan internet memulakan bisnes mereka dengan cara menjual produk orang lain, atau lebih tepat lagi dengan
menjadi affiliate.

Soalannya sekarang - sudahkah anda ada ilmu affiliate ini untuk memulakan bisnes internet anda?

Jika belum, jangan risau.

Pakar Affiliate dapat membantu anda.

Pelajari ilmu pemasaran affiliate ini melaluiprogram Pakar Affiliate yang saya terbitkan di:

http://www.PakarAffiliate.com

Jika anda sudahpun mempunyai bisnes internet anda sendiri dan punyai produk sendiri, jangan fikir program affiliate bukan untuk anda.

Sebenarnya, ianya juga untuk anda kerana dengan program affiliate, anda boleh menambah pendapatan tambahan daripada produk sedia-ada anda sekarang
- tapi ini merupakan topik berlainan yang saya akan
kupas pada hari lain. :-)

Kerana program ini memang untuk sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan di internet!

ikhlas,

saifamin

p/s: program Pakar Affiliate ini diterbitkan
dengan bantuan seorang jutawan internet tempatan.
Jadi, kandungan yang anda bakal perolehi ini memang
berkualiti tinggi. Itu saya gerenti...

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...