Friday, July 9, 2010

Nasihat perniagaan Abdul Rahman B Auf

Sahabat Rasulullah, Abdul Rahman B Auf adalah seorang saudagar termasyur yang dijanjikan syurga.

Abdul Rahman B Auf pernah ditanya: Apakah strategy perniagaannya sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?


Jawabnya:

  1. Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit…
  2. Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta…
  3. Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran…

Apa yang dimaksudkan mengikut pendapat saya:


  1. Jangan menolak rezeki walaupun sedikit pun. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita untuk sesetengah target market. Dengan itu, keuntungan masih kita dapat… rezeki masih berpihak kepada kita walaupun sedikit.
  2. Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dulu sehingga zaman kini, kelajuan dan kepantasan menangani perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi.
  3. Cash transaction only :)

Strategi perniagaan unta Abdul Rahman bin Auf

Sedikit strategi perniagaan sejarah Islam…


unta.jpgPada satu ketika dahulu, sahabat Rasulullah, Abdul Rahman Bin Auf adalah usahawan termasyur. Antara perniagaannya adalah menjual unta. Beliau mempunyai satu strategi sehingga mendominasikan pasaran unta, dimana pada sebelum itu pasaran dimiliki oleh usahawan-usahawan Yahudi.


Strateginya? unta-unta beliau dijual pada harga cost price (harga kos)- tiada untung! Semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman b Auf.

Tiada untung dalam menjual unta? Habis tu, macam mana nak berniaga?

Apabila ditanya, jawabnya…

Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”. Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna.

Hebat!

Monday, July 5, 2010

Perniagaan internet vs konvesional

Apa yang anda faham mengenai perniagan internet dan koversional. Perniagan internet ialah melakukkan perniagaan secara online manakala konversional pula secara live seperti kedai-kedai tepi jalan la senang.

Saya cuba meneliti beberapa model bisnes secara fizikal 'live' sejak akhir ini dan melihat pada bulan pertama selalunya berakhir dengan defisit. Bayangkan jika anda invest RM30ribu untuk sebuah bisnes perniagaan konvensional dan mengharapkan return yang baik aliran positif atau surplus pada bulan pertama adalah suatu yang hampir mustahil.

Hampir 70% bisnes konvensional terpaksa menunggu paling kurang 3 bulan untuk sampai break-even dari segi kewangan. Selepas itu mungkin akan naik sikit dan mencapai tahap surplus pertama pada suku tahunan. Ini gaya bisnes besar ala korporat yang biasanya sebegitu. Jika anda minat bisnes, ini sudah tentu akan merasakan amat 'membebankan' jika terjun secara terburu-buru menghasilkan risiko tinggi. Saya percaya 'usahawan sejati' tidak akan cepat putus asa dan akan mencari jalan keluar supaya dapat menemui penyelesaian yang lebih strategik.

Belajar dari pengalaman diri dan juga orang lain membolehkan kita buat keputusan bijak dalam menyelesaikan masalah production, distribution, marketing, sales, customer satisfaction, trend dan sebagainya penting sebagai alat bisnes yang boleh digunakan sebaik-baiknya. Dan salah satu tips untuk mengurangkan defisit dalam perniagaan adalah dengan mengurangkan stok/production yang tidak mendatangkan pulangan tinggi dan fokus kepada produk yang lebih bernilai dari segi marketing. selain itu pengurusan kewangan mestilah sistematik, anda mesti tahu berapa sales harian serta trend setiap minggu dan bulanan. Then barulah buat statistik tahunan yang dapat menentukan trend di masa akan datang. Apabila kita boleh 'membaca' trend manusia sudah tentu ia boleh memberi competitive advantages kepada sesebuah bisnes.

Fuh.. nampak gayanya setelah difikirkan masak-masak... Saya lebih serasi dengan bisnes internet yang bukan konvensional. Ia jauh lebih mudah tanpa birokrasi yang memeningkan. Sebab tulah sehingga kini saya boleh lepak di mana-mana sahaja sambil melihat gelagat orang buat bisnes. Setiap manusia mempunyai passion tersendiri, dan saya berminat untuk mengetahui 'passion' yang lebih dekat dengan diri saya sendiri..

Anda bagaimana ? sudah menemui passion tersendiri ? Saya rasa bisnes internet adalah lebih ringkas dan mudah dan sebab itulah dalam masa sebulan pertama saya tak pernah dalam situasi defisit dan sentiasa surplus sehingga hari ini... alhamdulillah syukur kerana ebiz mempunyai ciri paling ideal iaitu overhead cost yang amat rendah sekali.. !

Thursday, July 1, 2010

Bisnes internet :- Apa yang mereka lakukan?

Salam hormat pembaca blog saifamin,
Kebanyakan usahawan internet memulakan bisnes internet mereka dengan TIDAK menjual
barang sendiri.

Kenapa?

Kerana mereka tidak mempunyai produk sendiri.

Bayangkan jika anda seorang pelajar atau sudah bekerja di sektor kerajaan yang tidak
pernah didedahkan dengan cara-cara mencari produk (atau mencipta produk) untuk dijual
semula kepada pelanggan. Anda pasti rasa terpinga-pinga sekiranya anda ingin menceburi bidang niaga ini - kerana anda tahu bahawa anda perlu dagangkan sesuatu untuk menghasilkan pendapatan, dan "sesuatu" tersebut pastinya
sebuah produk atau perkhidmatan. Jadi, jika anda tiada kedua-duanya ini, bagaimana anda boleh bermula?

Itulah juga soalan yang bermain di fikiran saya semasa saya mula berkecimpung di dalam bisnes internet ini.

Saya tak tahu apa yang nak dijual.

Saya tidak ada produk sendiri dan tidak pula tahu untuk mencipta sebuah produk yang mampu dijual.

Nasib baiklah saya dipertemukan dengan seorang usahawan internet (yang juga
merupakan seorang jutawan pada masa tersebut) dan beliau menunjukkan kepada saya bagaimana menjana pendapatan daripada internet tanpa produk sendiri.

Memang pada mulanya rasa ragu-ragu. Takut juga tak menjadi.

Pada masa yang sama, saya juga terkejut. Ramai usahawan internet sebenarnya menjana pendapatan tanpa produk sendiri.

Akhirnya, saya tabahkan hati dan lakukannya.

Ternyata, memang saya boleh hasilkan pendapatan di internet tanpa produk saya sendiri.

Kalau anda nak tahu... inilah yang dinamakan
pemasaran affiliate, di mana anda jual produk orang lain dan kaut komisyen daripada hasil jualan.

Lebih banyak anda jual, lebih banyak anda dapat.

Bayangkan, jika anda jual produk yang berharga $97 dan komisyennya ialah 50% daripada harga jualan, anda sudahpun perolehi $48.50 - tanpa
produk sendiri.

Itu baru satu jualan. Bagaimana jika 10 jualan
x $48.50? Lumayan, bukan?

Jadi, tak hairanlah ramai usahawan internet memulakan bisnes mereka dengan cara menjual produk orang lain, atau lebih tepat lagi dengan
menjadi affiliate.

Soalannya sekarang - sudahkah anda ada ilmu affiliate ini untuk memulakan bisnes internet anda?

Jika belum, jangan risau.

Pakar Affiliate dapat membantu anda.

Pelajari ilmu pemasaran affiliate ini melaluiprogram Pakar Affiliate yang saya terbitkan di:

http://www.PakarAffiliate.com

Jika anda sudahpun mempunyai bisnes internet anda sendiri dan punyai produk sendiri, jangan fikir program affiliate bukan untuk anda.

Sebenarnya, ianya juga untuk anda kerana dengan program affiliate, anda boleh menambah pendapatan tambahan daripada produk sedia-ada anda sekarang
- tapi ini merupakan topik berlainan yang saya akan
kupas pada hari lain. :-)

Kerana program ini memang untuk sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan di internet!

ikhlas,

saifamin

p/s: program Pakar Affiliate ini diterbitkan
dengan bantuan seorang jutawan internet tempatan.
Jadi, kandungan yang anda bakal perolehi ini memang
berkualiti tinggi. Itu saya gerenti...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...