Sunday, November 20, 2011

Yang Mana satu korang

hahaha dalam mentelaah FB terpandang satu pic yang menarik perhatian aku...
Aku share pic nie untuk korang tengak sama..


pikir2 kan la yang mana satu korang

7 cara hilangkan perasaan malu



Salam baru-baru nie aku ada baca tentang tips yang sangat berguna kat internet..
baca entry post nie maybe berguna jugak untuk korang semua
selamat membaca.. : )

Perasaan malu yang akan diterangkan adalah dari konteks perkara yang menghalang daripada kemajuan diri sendiri. Sebagai contoh, seorang yang malu untuk membentangkan hasil kerja mereka di khalayak ramai, malu untuk berkomunikasi dengan orang lain dan sebagainya. Untuk lebih memudahkan pemahaman adalah mengenai perasaan malu yang tidak bertempat. Ia sepatutnya tidak perlu wujud di dalam diri anda.

Sebelum menerangkan mengenai cara menghilangkan perasaan malu, anda perlu tahu terlebih dahulu mengenai faktor yang menyebabkan seseorang menjadi pemalu. Perasaan malu wujud adalah disebabkan terlalu memberi tumpuan terhadap diri sendiri dan terlalu banyak kebimbangan. Berkemungkinan mereka terlalu memikirkan kesempurnaan terhadap sesuatu perkara yang dilakukan. Ia adalah amat baik sekiranya anda mementingkan kesempurnaan, tetapi anda tidak perlu memikirkannya sehigga ia mampu untuk mempengaruhi tindakan anda. Bagaimanakah cara untuk anda menghilangkan perasaan malu?

Mentaliti- Anda sepatutnya tidak terlalu memikirkan mengenai tanggapan orang lain terhadap diri anda. Lakukan sesuatu dengan cara anda yang tersendiri. Pasti anda berjaya mengawal situasi walaupun sebenarnya anda berasa malu.

Latihan- Untuk menghilangkan perasaan malu juga memerlukan latihan. Mulakan latihan dengan cuba berkomunikasi dengan orang yang rapat dengan anda. Kemudian latih pula diri anda untuk berkomunikasi dengan orang yang baru dikenali.

Fokus- Fokuskan terhadap perbualan yang sedang dilakukan dan bukannya memikirkan mengenai diri sendiri. Orang lain lebih selesa sekiranya anda menjadi diri anda yang sebenar.

Bertanya soalan- Untuk mengekalkan sesuatu perbualan, anda perlu bertanyakan soalan. Jangan berasa malu untuk bertanya. Ini adalah cara terbaik untuk mengelakkan anda daripada terus membatu.

Imaginasi- Jangan cuba bayangkan apa yang orang lain fikir mengenai setiap kenyataan anda. Biarkan mereka yang membuat keputusan samaada bersetuju ataupun tidak.

Keyakinan- Bina keyakinan diri sendiri secara berperingkat.

Perwatakan- Cuba lakonkan seperti anda sebenarnya tidak berasa malu. Pasti lama-kelamaan anda akan terbiasa dengan sesuatu situasi itu.

bahan diambil dari web:- http://www.top5reason.com

Tuesday, April 26, 2011

CaRa MeNiRu (KreAtIf Kerrrr?? )


Memang best dok sebelah girl... he3
semua jawapan i/allah betul.. tp x semua la cmtu...


layan video nie for be kreatif cheat... he3

p/s : bukan nak mengajar juz suka2 jer k

Saturday, April 23, 2011

5 Sebab Menjadi POKAI


Pokai janji Bergaya..
tu semua kata2 orang hipokrit or tak pikir panjang.
Sama ada lelaki or perempuan sama sahaja.
Tengah-tengah bulan mesti kawan2 jadi mangsa.. huhuhu






nie la akibatnya



pastu pening,tension duit xda

Mari kita tengak 5 sebab mengapa menjadi POKAI!!


jadi pokai memang teruk

Sunday, March 6, 2011

Susahnya bila masa tak terurus

Penggunaan masa yang efektif adalah satu perkara yang selalu dibincangkan. Ramai orang menyatakan bahawa masa yang dipunyai mereka tidak mencukupi. Justeru itu selalunya mereka gagal dalam banayak perkara. Sebenarnya ini ini merupakan alasan semata-mata. Sebenarnya manusia diperuntukkan masa sebanyak 24 jam sehari semalam, samada manusia itu berjaya atau tidak berjaya. Kita lihat tokoh-tokoh di dalam bidang masing-masing. Semuanya adalah manusia biasa yang juga diperuntukkan masa yang sama dengan kita.

Keluhan-keluhan yang tidak membina itu sebenarnya adalah alasan untuk kita masih berada pada tahap yang lama dan tidak bertindak. Oleh sebab itu alasan inilah yang menyebabkan kita berada dikepompong tersebut dan sukar bagi kita meloloskan diri dari belenggunya. Di dalam bab ini kita akan membincangkan bagaimanakah keadaannya untuk mengurus masa secara berkualiti. Pengurusan masa yang akan dibincangkan nanti akan membawa kita supaya berfikir tentang perkara-perkara yang selalunya kita anggap ianya adalah perkara remeh. Pengurusan masa yang baik ialah apabila kita dapat mendisiplinkan diri kita dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Disiplin yang dimaksudkan di sini adalah kita mesti melakukan jadual harian.



ini lah bila masa tak terurus...




Terdapat 4 faktor penting yang ditik beratkan dalam jadual

1) Mengubah tabiat lama yang negatif
2) Komunikasi
3) Penumpuan
4) Rehat


Saturday, February 19, 2011

PROJEK TIME CUTI

Salam cuti raya cina baru-baru nie, aku abiskan sepanjang cutiku dengan kebun. hahaha






nie kebun getah bukit ganding (perak) besar kan penat gak nak buat nie.. jumlah total pokok getah nie ada la dalam 1000 lebih pokok... : )


lagi 4 tahun dapat la aku merasa hasil usaha penat lelah selama ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...