Sunday, March 6, 2011

Susahnya bila masa tak terurus

Penggunaan masa yang efektif adalah satu perkara yang selalu dibincangkan. Ramai orang menyatakan bahawa masa yang dipunyai mereka tidak mencukupi. Justeru itu selalunya mereka gagal dalam banayak perkara. Sebenarnya ini ini merupakan alasan semata-mata. Sebenarnya manusia diperuntukkan masa sebanyak 24 jam sehari semalam, samada manusia itu berjaya atau tidak berjaya. Kita lihat tokoh-tokoh di dalam bidang masing-masing. Semuanya adalah manusia biasa yang juga diperuntukkan masa yang sama dengan kita.

Keluhan-keluhan yang tidak membina itu sebenarnya adalah alasan untuk kita masih berada pada tahap yang lama dan tidak bertindak. Oleh sebab itu alasan inilah yang menyebabkan kita berada dikepompong tersebut dan sukar bagi kita meloloskan diri dari belenggunya. Di dalam bab ini kita akan membincangkan bagaimanakah keadaannya untuk mengurus masa secara berkualiti. Pengurusan masa yang akan dibincangkan nanti akan membawa kita supaya berfikir tentang perkara-perkara yang selalunya kita anggap ianya adalah perkara remeh. Pengurusan masa yang baik ialah apabila kita dapat mendisiplinkan diri kita dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Disiplin yang dimaksudkan di sini adalah kita mesti melakukan jadual harian.



ini lah bila masa tak terurus...




Terdapat 4 faktor penting yang ditik beratkan dalam jadual

1) Mengubah tabiat lama yang negatif
2) Komunikasi
3) Penumpuan
4) Rehat


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...